Archive for June, 2007

Hidup Sederhana

Wednesday, June 27th, 2007

Aku amat tertarik kepada coretan azhan berkenaan dengan kesederhanaan. Cuba renungkan sejenak…

Bila dikenangkan kehidupan orang lain dan kehidupan kita banyak yang perlu difikirkan semula. Ya, kita perlu mengukur baju di badan sendiri. Hiduplah dengan apa yang kita rasa selesa dan tenang. Azizi Ali, si jutawan itu pernah berkata “Kalau kita mampu memandu Perdana, belilah Waja atau Kancil sahaja supaya kehidupan kita tidak membebankan diri kita di kemudian hari”. Logiknya, wang lebihan yang ada adalah untuk simpanan dan keperluan lain.

Saya terfikirkan sebuah kehidupan yang simple. Memandu kereta kecil (Viva) dan tinggal di sebuah rumah atau apartment sederhana di kawasan pinggiran yang tidak jauh dari tempat kerja. Di depannya ada pasaraya dan Masjid juga sekolah. Dengan wang gaji yang begitu-begitu sahaja dan kemudian menikmati kehidupan sekadarnya pasti membahagiakan. Setiap kali berlaku perubahan dalam hidup kita, contohnya bila gaji naik otak mula terfikir untuk tukar kereta baru. Atau bila kereta sudah habis bayar mahu beli kereta lain yang lebih ‘menggiurkan’. Lama kelamaan, kehidupan kita begitu sahajalah … kita jadi hamba bank tak sudah.

Bayangkan kalau kita hidup simple ( tapi bukanlah nampak sengkek) dengan wang gaji yang sama. Duit lebihan ada untuk tabungan, senang nak pergi melancong, boleh beli banyak buku setiap bulan alangkah indahnya. Kemudian fikiran kita tenang tidak perlu memikirkan hutang bank yang banyak, kecualilah hutang beli rumah. Dapatlah juga kita membantu kedua ibu bapa kita. Kalau dulu mungkin kita membantu sekadar yang termampu, kali ini dapatlah kita memberi lebih. Pasti jiwa kita menjadi lebih tenang.

Sebenarnya kehidupan yang simple, bebas hutang akan lebih membahagiakan. Ahhh … semua itu tanyalah diri sendiri. Kehidupan kita kitalah yang menentukan. Bagaimana pula bagi kita yang sudah ‘terlanjur’? Bolehkah berpatah balik? Mungkin masih belum terlambat…

Setelah aku baca entri tu, kesimpulan yang aku boleh buat bahawa kesederhanaan dalam kehidupan merupakan satu nikmat hidup yang benar-benar boleh menenangkan jiwa serta menimbulkan keinsafan diri kita.Hidup dalam kesederhanaan pun memang dituntut oleh agama. Aku amat-amat berharap suatu hari nanti dapat menikmati hidup dalam kesederhanaan. Insyallah, sekarang pun ‘life style’ aku ’simple’ saja.

Kursus Induksi

Monday, June 25th, 2007

Kalau bercakap pasal kursus induksi nie, mana-mana penjawat awam mesti faham sangat apa pengisian dalam kursus tersebut. Selalunya, mana-mana pegawai or lain-lain jawatan yang nak dapat ‘confirm’ kerja nie kena lalu semua kursus yang diperuntukan. Kalau tak cukup tempoh jam yang diperlukan, boleh jadi tak confirm pulak kerja, silap haribulan tangga gaji pun tak naik.

Itu serba sedikit la yang aku faham dengan kursus induksi nie, kepada mana rakan-rakan kalau terbaca coretan nie mana yang ada silap dinyatakan minta diperbetulkan. Sebabnya aku nie bukanlah penjawat awam sepenuhnya kerana tempat aku makan gaji nie separa awam saja.

Dipendekkan coretan nie, kursus induksi peringkat tempat aku kerja ni telah menyenaraikan nama aku salah seorang peserta yang ‘wajib’ hadiri kursus tersebut. Biasanya kursus induksi nie dibuat dekat tempat yang terpencil daripada kemudahan harian, senang kata dalam hutan la. Kursus induksi kali nie bertempat di Dusun Eco Resort, Bentong,Pahang. Setahu aku, resort tu antara tempat popular untuk buat aktiviti-aktiviti kursus nie, sebabnya boleh gabungkan aktiviti ‘outdoors’ dan ‘indoors’.

Selanjutnya aku sambung kemudian…[ kini bersambung ….. ]

(more…)

Renungan

Monday, June 25th, 2007

Entri nie yang berkaitan dengan perkara-perkara macam dibawah rasanya semua dah selalu baca dan mesti ada dalam sisipan email masing-masing.Kat sini saja aku re-post balik, sekadar memberi ingatan kepada aku yang kadang-kadang mudah lupa dan alpa serta buat semua yang membaca.

Terdapat beberapa perkara yang mempunyai kaitan dengan kesusahan atau secara lebih khusus sebagai penyebab ditimpa kesusahan dan penderitaan yang mana pada kebiasaannya kita mengambil ringan tentang perkara tersebut. Dalam kitab Al-Barakah fi Fadhl lis Sa’yi Wal Harakah yang disusun oleh Abi abdillah Muhammad bin Abdul Rahman Al-Habsyi telah diterangkan perkara yang mempunyai hubung kait dengan kesusahan seseorang.

  1. Tidak sembahyang atau solat.
  2. Tidak membaca Bismillah ketika hendak makan.
  3. Makan atas pinggan yang terbalik.
  4. Memakai kasut atau sandal memulakan sebelah kiri.
  5. Menganggap ringan apa2 yang terjatuh dalam hidangan makanan. (more…)

An Island in the Sun

Thursday, June 21st, 2007

This image capture form TheStar, Metro(19/06/07)

Putrajaya is Hotter than other local cities !

ATM + WinXP

Wednesday, June 20th, 2007

This situation happen when i want to withdraw some money form the ‘Top Bank’ ATM machine. Please look at the bottom image. The Window XP task bar panel pop-up over the normal ATM screen and look some icon display some error at the back. First when i see that error display, in my mind maybe the ATM will show ‘ Temporarily Down’ but the ATM machine operate like normal. i’m try to withdraw the money…like normal, key in password then selected the amount..but what happen, the ATM machine take a few minute to process that request. in my mind think maybe my card ‘ kena telan nie’. at the end…i get back my card.

So here please beware and put in mind that all ATM machine now…running on windows platform and well know the windows problems and stability.

Note : Open source (Linux/UNIX) is the best OS to running backend process compare to windows. Windows is the best to front-end user.


Find entries :