euro2008
Posted: June 8th, 2008 | Author: adq890 | Filed under: Event, News | Tags: austria-switzerland, euro, euro2008, uefa euro2008 | No Comments »


image source : philippetastet
Types |
New Price |
Old Price |
RON97 Petrol |
RM2.70 per liter |
RM1.92 per liter |
RON92 Petrol |
RM2.62 per liter |
RM1.88 per liter |
Diesel |
RM2.58 per liter |
RM1.58 per liter |

gambar : klpos
Sebelum nie berita-berita semua dok canang kata kerajaan akan naik harga petrol OGOS nanti, tup-tup lepas PM umum pasal struktur baru subsidi minyak petang tadi pasti semua rakyat pasti melopong bila apa yang kerjaaan katakan sebelum ini adalah PASLU dan BOHONG, ‘last2′ esok dah ‘start’ harga minyak yang baru. Kerajaan MALAYSIA, memang PEMBOHONG BESAR. Maka tunggulah amarah rakyat yang dah meluap-luap NAIK MINYAK nie.
bersambung lagi…..hati tengah PANAS
Petikan Berita Harian
Harga baru petrol Ogos
Pengguna mungkin terpaksa membayar lebih bagi petrol dan diesel mulai Ogos ini jika Jawatankuasa Kabinet Menangani Inflasi yang bermesyuarat hari ini memuktamadkan pelbagai cadangan bagi penstrukturan semula skim subsidi bahan api berkenaan.
Petikan Utusan Malaysia
Minyak naik Ogos?
“Ia akan berlaku… harga minyak akan naik, saya fikir mungkin dalam Ogos tahun ini apabila sistem subsidi diberi penstrukturan semula,” katanya kepada pemberita di lobi Dewan Negara di sini hari ini.
Harga pasaran petrol semasa ialah RM4 seliter tetapi di Malaysia ia dijual pada harga subsidi RM1.92 seliter melibatkan peruntukan subsidi yang dijangka mencecah RM56 bilion (meliputi subsidi petrol, diesel dan gas) pada tahun ini.
Menurut Shahrir, skim subsidi baru bahan api yang akan dikuatkuasakan Ogos ini bukan berdasarkan kepada jumlah penggunaan sebaliknya lebih berasaskan kepada keperluan pengguna.
FAKTA NOMBOR
Harga petrol seliter
RM1.92 – Malaysia
RM4.00 – Thailand
RM2.57 – Indonesia
RM3.45 – Filipina
RM5.07 – Singapura
Persoalan mengapa perlu dibandingkan harga minyak dengan negara yang bukan pengeluar minyak? Diharap pihak kerajaan jangan memperbodohkan rakyat dengan fakta tersebut. Bandingkan harga petrol dan diesel dengan negara-negara pengeluar minyak.
Alif Mim Nun Wau – UMNO