| More

Nuzul al-Quran dan Lailatul Qadar

Posted: September 15th, 2008 | Author: | Filed under: Renungan | Tags: | 2 Comments »

Nuzul Al-Quran

Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.

‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran. Firman Allah:

Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan). (Al-An’am:38)

al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dalam sejarah kehidupan Nabi SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-‘Alaq. maksudnya:

”Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (al-‘alaq:1-5)

Read the rest of this entry »


Related Posts


Andai Ku Tahu – UNGU

Posted: May 3rd, 2008 | Author: | Filed under: Renungan | Tags: , | No Comments »

Hayati lirik lagu nie….dalam maksudnya. Selamat mendegar

Ungu – Andai Ku Tahu

Andai Ku tahu
Kapan tiba ajalku
Ku akan memohon
Tuhan tolong panjangkan umurku

Andai Ku tahu
Kapan tiba masaku
Ku akan memohon
Tuhan jangan kau ambil nyawaku

Chorus:
Aku takut
Akan semua dosa-dosa ku
Aku takut
Dosa yang terus membayangiku

Mungkin tahu
MalaikatMu kan menjemputku
Izinkan aku
Mengucap kata tobat PadaMu

Ampuni aku
Dari segala dosa2 ku
Ampuni aku
Menangis minta tobat PadaMu

Aku manusia
Yang takut neraka
Namun aku juga
Tak pantas di surga

Andai Ku tahu
Kapan tiba ajalku
Izinkan aku
Mengucap kata tobat PadaMu


Related Posts

  • “Berita Kepada Kawan”

“Berita Kepada Kawan”

Posted: April 4th, 2008 | Author: | Filed under: Renungan | Tags: , , , | 2 Comments »

‘Berita Kepada Kawan’

* Nyanyian semula oleh Ustaz Akil Hayy. Lagu asal oleh Abiet G. Ade.

Tolonglah Kami

* Ustaz Akhil Hayy feat Faris Adikku Sayang

Di Pondok Kecil

* Nyanyian Nada Murni


Related Posts


Hutang ???

Posted: July 6th, 2007 | Author: | Filed under: Renungan | 1 Comment »

Mesti semua orang pernah buat ‘hutang’. Tak kira la apa tujuan pun pasti akan kita berhutang, cuma nilai,jumlah dan bentuk hutang yang dibuat.

Aku sentuh pasal ‘hutang’ bukan sebab apa just nak ‘share’ sikit pasal khutbah jumaat hari nie berkenaan dengan ‘HUTANG’.

Ringkasnya Khatib pada khutbah jumaat telah menghuraikan bentuk-bentuk hutang seperti hutang belajar, hutang kerperluaan dan sebagainya. Khatib juga berpesan kalau dah berhutang pastikan hutang-hutang tu dibayar balik seperti yang diakad masa perjanjian.Sebolehnya jika ingin berhutang hendaklah ada hitam putih atau perjanjian bertulis antara dua pihak. Ini adalah perlu kerana sifat manusia yang pelupa itu boleh menyusahkan diri sendiri dikemudian hari samada didunia ataupun diakhirat. Ini kerana apabila kita mati walaupun membawa segala bekalan amalan-amalan didunia tapi jika masih belum melangsaikan semua hutang, roh simati akan tergantung tidak sempurna mati seseorang itu jika masih belum melangsaikan hutang.Hutang simati tadi seterusnya akan dibawa ke hari akhirat dan perlu dilangsaikan.Wallahualam

Begitula sedutan serba sedikit ingatan yang diberikan kepada semua jemaah jumaat hari nie.Aku sendiri pun macam-macam hutang nak kena langsaikan seberapa segara yang boleh, yela hutang belajar saja pn dah berapa ditambah lagi dengan hutang kenderaan, rumah dan lain-lain lagi.Memang ‘makan’ tahun nak langsaikan semua.Alhamdullilah semua hutang-hutang tu aku dapat bayar tanpa ‘missed’ mengikut akad yang dibuat…dan aku sentiasa berdoa agar dimurahkan rezeki agar dipermudahakan untuk melangsaikan semua hutang-hutang yang ada.Insyallah.


Related Posts

No related posts were found!

Renungan

Posted: June 25th, 2007 | Author: | Filed under: Renungan | No Comments »

Entri nie yang berkaitan dengan perkara-perkara macam dibawah rasanya semua dah selalu baca dan mesti ada dalam sisipan email masing-masing.Kat sini saja aku re-post balik, sekadar memberi ingatan kepada aku yang kadang-kadang mudah lupa dan alpa serta buat semua yang membaca.

Terdapat beberapa perkara yang mempunyai kaitan dengan kesusahan atau secara lebih khusus sebagai penyebab ditimpa kesusahan dan penderitaan yang mana pada kebiasaannya kita mengambil ringan tentang perkara tersebut. Dalam kitab Al-Barakah fi Fadhl lis Sa’yi Wal Harakah yang disusun oleh Abi abdillah Muhammad bin Abdul Rahman Al-Habsyi telah diterangkan perkara yang mempunyai hubung kait dengan kesusahan seseorang.

  1. Tidak sembahyang atau solat.
  2. Tidak membaca Bismillah ketika hendak makan.
  3. Makan atas pinggan yang terbalik.
  4. Memakai kasut atau sandal memulakan sebelah kiri.
  5. Menganggap ringan apa2 yang terjatuh dalam hidangan makanan. Read the rest of this entry »
Blog Widget by LinkWithin

Related Posts

No related posts were found!