| More

Harga Petrol dan Diesel nak NAIK LAGI !

Posted: June 3rd, 2008 | Author: adq890 | Filed under: News | Tags: | 1 Comment »

Petikan Berita Harian

Harga baru petrol Ogos

Pengguna mungkin terpaksa membayar lebih bagi petrol dan diesel mulai Ogos ini jika Jawatankuasa Kabinet Menangani Inflasi yang bermesyuarat hari ini memuktamadkan pelbagai cadangan bagi penstrukturan semula skim subsidi bahan api berkenaan.

seterusnya

Petikan Utusan Malaysia

Minyak naik Ogos?

“Ia akan berlaku… harga minyak akan naik, saya fikir mungkin dalam Ogos tahun ini apabila sistem subsidi diberi penstrukturan semula,” katanya kepada pemberita di lobi Dewan Negara di sini hari ini.

Harga pasaran petrol semasa ialah RM4 seliter tetapi di Malaysia ia dijual pada harga subsidi RM1.92 seliter melibatkan peruntukan subsidi yang dijangka mencecah RM56 bilion (meliputi subsidi petrol, diesel dan gas) pada tahun ini.

Menurut Shahrir, skim subsidi baru bahan api yang akan dikuatkuasakan Ogos ini bukan berdasarkan kepada jumlah penggunaan sebaliknya lebih berasaskan kepada keperluan pengguna.

seterusnya

FAKTA NOMBOR
Harga petrol seliter

RM1.92 – Malaysia
RM4.00 – Thailand
RM2.57 – Indonesia
RM3.45 – Filipina
RM5.07 – Singapura

Persoalan mengapa perlu dibandingkan harga minyak dengan negara yang bukan pengeluar minyak? Diharap pihak kerajaan jangan memperbodohkan rakyat dengan fakta tersebut. Bandingkan harga petrol dan diesel dengan negara-negara pengeluar minyak.

Blog Widget by LinkWithin

Share on Facebook

Related Posts


One Comment on “Harga Petrol dan Diesel nak NAIK LAGI !”

  1. 1 kucai said at 12:13 pm on June 4th, 2008:

    ntahnya.. bandingkan ngan negara bukan pengeluar.. ibarat jual air.. pastu bandingkan harga air kat malaysia ngan kat gurun..


Leave a Reply