

Semalam telah tercipta satu sejarah di negeri SELANGOR, di mana buat pertama kalinya Barisan Rakyat (PAS-PKR-DAP) dapat mengunakan kemudahan STADIUM untuk menganjurkan himpunan rakyat. Himpunan rakyat tersebut dimulakan dengan munajat serta diikuti oleh ceramah oleh pemimpin-pemimpin utama Barisan Rakyat.
Himpunan Rakyat anjuran PAS Selangor yang telah diadakan di Stadium Malawati, Shah Alam telah mendapat sambutan hebat daripada rakyat yang mana dianggarkan lebih daripada 30,000 orang telah memenuhi segenap ruang stadium tersebut. Setelah hampir lebih 50 tahun hak untuk parti pembangkang ( kini kerajaan dibeberapa buah negeri ) menggunakan kemudahan awam tersebut dinafikan kini semuanya telah berubah dan hasilnya telah diterjemahkan semalam dengan kebanjiran rakyat dari serata pelusuk negeri Selangor serta luar daripada Selangor.
Adalah diharapkan pihak Pakatan Rakyat dapat mengadakan himpunan rakyat yang lebih besar lagi dengan menggunakan kemudahan Stadium Shah Alam. Insyallah.
Takbir.
Posted in Event | No Comments »

Selesailah sudah majlis mengangkat sumpah bagi semua Menteri Besar / Ketua Menteri kerajaan Barisan Rakyat untuk menjadi pemerintah bagi negeri-negeri terbabit. Disenaraikan semua Menteri Besar / Ketua Menteri kerajaan Barisan Rakyat :
Y.A.B TUAN GURU DATO’ HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT
Y.A.B TUAN LIM GUAN ENG
Y.A.B USTAZ AZIZAN ABDUL RAZAK
Y.A.B. TAN SRI DATO` ABD KHALID IBRAHIM
Y.A.B Ir. HAJI MOHAMMAD NIZAR JAMALUDDIN
Posted in Activity | No Comments »
Dalam tempoh seminggu nie bermacam isu timbul setelah berakhirnya PRU-12, baik di pihak Kerajaan BN mahupun di pihak Kerajaan BR. Daripada keputusan PRU-12 ini, banyak keputusan diluar jangkaan telah berlaku antaranya 6 buah negeri termasuk Wilayah KL telah diterajui oleh pihak Kerajaan BR, 2/3 majoriti di parlimen dinafikan, tumbangnya menteri-menteri yang ‘glamour’, rakyat pun semakin bijak dalam memilih pemimpin dan sebagainya. Ini semua merupakan rencah-rencah kepada pasca PRU-12.Menarik untuk diperhalusi.
Seperti yang kita semua sedia maklum, pihak Barisan Rakyat (PAS,PKR & DAP) telah pun membentuk kerajaan campuran dinegeri tertentu iaitu melibatkan Perak, Selangor dan Penang. Walaupun pada peringkat awalnya berlaku sedikit ‘keributan’ dalam menentukan Exco dan Menteri Besar bagi negeri Perak dan Selangor. Alhamdullilah kini segala kesulitan yang dihadapi telah dapat diselesaikan oleh semua pihak yang terbabit dengan penuh rasa tanggungjawab dan toleransi yang sebaiknya demi kepentingan RAKYAT. Adalah diharapkan kerajaan Barisan Rakyat dapat memenuhi dan melaksanakan harapan rakyat yang telah diberikan oleh rakyat untuk Barisan Rakyat memerintah. Selama tempoh 5 tahun mendatang sebelum datangnya PRU-13, diharapkan pihak Barisan Rakyat dapat menunjukkan model dan contoh sebaiknya dalam mentadbir negeri-negeri terbabit.
Insyallah jika seperti apa yang dilaungkan oleh pemimpin-pemimpin Barisan Rakyat sebelum ini dapat dikotakan serta dilaksanakan dengan penuh berkhikmah, kerajaan Barisan Rakyat akan sentiasa dekat dihati rakyat.
Kepada semua pemimpin Barisan Rakyat, laksanakanlah amanah yang diberi rakyat dengan penuh tanggungjawab demi kesejahteraan semua rakyat.
Takbir!
Posted in Activity | No Comments »