GERAMM
Posted: June 14th, 2008 | Author: adq890 | Filed under: News | Tags: anti-minyak naik, geramm, protes | 1 Comment »
Kempen berterusan dan himpunan-himpunan rakyat secara teratur untuk membantah kenaikan harga minyak perlu diadakan. Ia adalah sebagai cerminan sebenar kemarahan rakyat kepada ketidakpedulian BN terhadap beban hidup yang terpaksa ditanggung rakyat akibat kenaikannya. Di atas rasa peduli dan prihatin terhadap permasalahan rakyat ini pemuda pakatan rakyat bersesama dengan pelbagai NGO anak muda iaitu antara lain Anwar Ibrahim Club (Anwar Ibrahim Club), Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) telah menggerakkan satu kempen secara bersepadu dan tersusun di bawah nama Gerakan Rakyat Anti Manipulasi Minyak (GERAMM).
GERAMM mempunyai peranan khusus sebagai enjin pemasaran dan penggemblengan massa untuk satu protes besar-besaran di ibunegara. Untuk merealisasikan hasrat ini, laman web GERAMM.ORG antara lainnya dibangunkan untuk menjadi pusat himpunan maklumat mengenai segala aktiviti, ceramah umum dan “hub” kepada jaringan blog dan laman web yang menyokong GERAMM.
Layari : Geramm.org






