PTPTN : Mansuh caj 3%?
Posted: May 6th, 2008 | Author: adq890 | Filed under: General | Tags: pakatan rakyat, ptptn | 1 Comment »
Mengikuti sidang parlimen hari ini, beberapa ahli parlimen daripada Pakatan Rakyat telah menyuarakan persoalan berkenaan dengan caj 3% yang dikenakan oleh PTPTN kepada peminjamnya. Pada aku yang merupakan sebahagian daripada gologan peminjam yang menggunakan duit PTPTN ? (duit RAKYAT) nie berasa amat berbesar hati atas keperihatinan pihak ahli parlimen Pakatan Rakyat dalam membahaskan isu caj 3%. Tahniah diucapkan.
Petikan – Harakahdaily.net
Kerajaan digesa bantu peminjam PTPTN
Oleh Roy Rasul
KUALA LUMPUR, 6 Mei (Hrkh) � Ahli Parlimen Taib Azamudden Md Taib (PAS � Baling) berkata, sepatutnya kerajaan mengadakan satu skim seperti (skim pinjaman Tekun ataupun Skim Pinjaman Amanah Ikhtiar) untuk membantu peminjam-peminjam Perbadanan Tabung Pengajian Tinggi Nasional (PTPTN).Justeru itu katanya , pinjaman tanpa faedah dan pemberian biasiswa perlu dikaji semula supayapara pelajar yang memerlukan dan berpotensi menyambung pelajaran .
“Apa salahnya jika kemnterian mengadakan satu skim seperti Tekun dan tabung Amanah Ikhtiar,” katanya dalam soalan tambahannya bagi sesi soal jawab dalam Persidangan Dewan Rakyat, hari ini.
Malah katanya, kerajaan perlu lihat tekanan jiwa yang dihadapi oleh ibu bapa di atas bebanan kos pelajaran anak-anak mereka.
Sementara itu, Menteri Pengajian Pendidikan Tinggi Dato� Khaled Nordin semasa menjawab soalan Taib menjelaskan bahawa PTPTN adalah satu kaedah dan pendekatan untuk membantu mereka yang yang mendapat tempat dalam Institut Pengajian Tinggi (IPT).
Pada masa yang sama katanya, kerajaan masih lagi menyediakan penajaan misalnya baru-baru ini kerajaan menaja seramai 2000 pelajar ke luar negara pada tahun 2008.
“Jadi masih ada lagi biasiswa dan sebahagian besarnya adalah untuk bumiputra dan saya ucapkan tahniahlah kepada YB kerana masih mempertahankan agenda Melayu,” kata Khaled.
Sebelum itu dalam soalan asalnya Taib meminta Kementerian Pengajian Tinggi menyatakan adakah kementerian bercadang untuk menghapuskan Dana PTPTN yang membebani pelajar Bumiputera khasnya dan keluarga dengan menggantikan skim biasiswa yang termaktub di dalam Perlembagaan Malaysia.
Sementara itu, Nasharuddin Mat Isa (PAS � Bachok) yang turut membangkitkan soalan tambahan dalam soalan tersebut yang berkaitan cas tiga peratus dikenakan ke atas peminjam PTPTN akan diteruskan sebagai kos perkhidmatan walaupun disebut RM70 sebulan sebagai bayaran balik.
Namun katanya kementerian tidak nyatakan tiga peratus itu terpaksa ditanggung pelajar dan ibu bapa.
“Kenapa cas tiga peratus itu tidak dihapuskan saja kerana alasan untuk kos perkhidmatan tidak munasabah kerana agensi kerajaan yang melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan oleh rakyat,” katanya.
Beliau juga mencadangkan supaya tempoh bayaran balik sepatutnya dibuat bukan dalam tempoh enam bulan tetapi selepas pelajar itu mendapat pekerjaan.
“Kalau boleh dibuat bukan dalam tempoh enam bulan tetapi selepas pelajar itu mendapat pekerjaan sebaliknya dibuat selepas pelajar itu bekerja tiga hingga empat bulan ke atas,”katanya.
Menjawab soalan tersebut Dato� Khaled berkata, kos tiga peratus itu adalah untuk membiayai perkhidmatan yang perlu ditanggung PTPTN untuk mereka menjalankan operasi secara berkesan. – mks.
Memang wajar dan sepatutnya caj 3% nie dimansuhkan dari dulu lagi, tapi pihak kerajaan buat PEKAK saja dalam isu nie dengan pelbagai alasan yang kurang wajar dan tidak munasabah. Hampir 7 tahun dah aku dok bayar kt PTPTN nie..balik-balik bila ‘check’ baki mesti akan dicaj 3% atas baki yang ada. Kadang tu tgk macam tak susut-sust baki yang ada. Mengenangkan sebab aku dah akad untuk pinjam maka wajib lah aku bayar balik atas apa yang dipinjam. Tapi ada pulak la “bunganya”, mengalahkan pinjam dengan BANK. Padahal PTPTN tu ditubuh pun atas tujuan nak bantu RAKYAT yang tak berkemampuan untuk mendapat kemudahan pinjaman belajar. “Last-last” rakyat juga ditekan balik dengan caj 3% disertakan dengan bermacam alasan untuk menghalalkan caj tersebut. Sebab tu la ramai peminjam liat nak bayar, bila megenangkan caj 3% nie.
Maka amatlah wajar pihak Kerajaan sekarang dapat memberi perhatian kepada isu caj 3% nie. Sekurang-kurangnya bila dimansuhkan caj 3% nie pasti ramai peminjam yang tegar dalam nak buat bayaran nie akan mula membuat pembayaran yang tertunggak. Kerajaan tak perlulah membuat bermacam-macam ugutan seperti sebelum nie semata-mata nak paksa peminjam bayar. Insyallah jika caj 3% nie dimansuhkan pasti ramai peminjam akan melunaskannya.
Kepada kerajaan dengarlah suara-suara rakyat dibawah nie…ingat ! KUASA RAKYAT boleh menjatuh dan menaikan sesebuah kerajaan.
Pautan lain : Kutipan pinjaman PTPTN macam along


