| More

Paket rokok wajib tertera imej risiko merokok

Posted: October 29th, 2008 | Author: | Filed under: News | Tags: , | No Comments »

PUTRAJAYA: Menteri Kesihatan, Datuk Liow Tiong Liow hari ini mewajibkan setiap syarikat pengeluar rokok memaparkan imej gambar amaran risiko merokok pada setiap paket rokok yang dikeluarkan bermula Januari tahun depan.

Selain amaran itu, kementerian juga telah memulakan satu siri berhubung langkah-langkah mensasarkan perokok termasul menyediakan minimum harga RM6 untuk sepaket rokok pada hujung tahun ini, memperbanyakkan premis-premis larangan merokok dan mengharamkan pengeluar menggunakan perkataan-perkataan seperti “low tar”, “light”, “ultra-light” dan “mild” pada paket jenama mereka berkuat kuasa serta merta.

Liow berkata, sebanyak 21 syarikat pengeluar dan pengimport rokok telah bersetuju dengan keputusan terbaru ini.

“Menjelang 1 Januari tahun depan, setiap jenama rokok mesti mempunyai sekurang-kurangnya dua daripada produk mereka yang mempamerkan amaran-amaran ini.

“Bagaimanapun, mungkin masih ada stok lama dalam negara ini menggunakan paket lama,” katanya kepada media di pejabatnya, di sini.

Liow berkata, menjelang Jun tahun hadapan setiap paket rokok wajib mempunyai dua logo yang ditetapkan itu.

Read the rest of this entry »

Blog Widget by LinkWithin

Related Posts